We’ve all heard it before: The youth of today are the leaders of tomorrow. But did the person who coined that phrase take into account which youth have more opportunities to do so? Or a crisis that halts almost everything? Of the endless hurdles we have to jump over just to get through one day, let alone even think about being leaders of the future?
In the past year, the very thought of a future was stripped away from us. For some, education plans were disrupted, paused, or terminated. For others, it was facing the daunting world of unemployment. For most, the struggles of prolonged isolation have mentally, socially, and emotionally impacted us in ways we still are learning to live with.
Despite the imposter syndrome that we may face, this doesn’t change the fact that we will be the people of tomorrow. Your peer who is currently super vocal about sustainable fashion on her Instagram stories could still one day sit on the board of some powerful changemakers. Your junior that once started a petition to change the sexist dress code rules could one day be a parliamentarian, fighting for women’s rights in Malaysia.
Like it or not, our time is now. This may not be the set of cards we wanted, but this is the hand that we have got. What are you going to do about it?
Calling for writers & poets!
Are you passionate about writing? Need to unleash your pent-up pandemic thoughts? Then this competition is for you! We are looking for writing entries of either an essay, short story, and/or poem on the theme of The YOUth of Tomorrow. There will be 5 winners of the 3 categories, and cash prizes of RM400 will be awarded for every winning submission.
There is undoubtedly a lot that needs to be changed for a better future, from psychological violences that still looms large for young women to economic violences that governs our future prospects—we are all pushing for gender equality to fight against these obstacles. Thus, The YOUth of Tomorrow is all about what you have to say as ‘leaders of tomorrow’. How do you stay resilient against the gender violences that you face? Are you empowered enough to make changes? What would an honest letter to current leaders look like? Can ‘future you’ inform you of the better things to come?
Guidelines :
Submit your entry by the 1st of September 2021 to hrsa@empowermalaysia.org. Note that late submissions will not be accepted
Title your submission with feminis.my writing submission: [title of your piece]
Winners will be notified via email.
Plagiarised work is strictly prohibited.
Writings in all languages are encouraged!
Kita semua pernah mendengarnya: pemuda masa kini adalah pemimpin masa depan. Tetapi adakah si pengungkap itu mengambil kira pemuda mana yang lebih berpeluang? Atau krisis yang menghentikan hampir semua yang kita ketahui? Tentang segala rintangan yang kita perlu mengharungi untuk bertahan sehari, apalagi untuk menjadi pemimpin masa depan?
Dalam setahun yang lepas, fikiran tentang masa depan sekaligus dilucutkan. Bagi sebilangan pemuda, rancangan pendidikan terganggu, tergantung dan terhenti. Bagi yang lain, ia adalah dalam menghadapi debaran dunia pengangguran. Bagi ramai, pengasingan yang berpanjangan telah menjejaskan kesihatan mental, sosial dan emosi dalam cara-cara yang masih sukar untuk dibiasakan.
Walaupun kita mungkin menghadapi sindrom penipu, ini tidak mengubah hakikat bahawa kita akan menjadi rakyat masa depan. Rakyat sebaya anda yang kini sangat lantang tentang kelestarian fesyen di Instagramnya boleh menjadi ‘pengubah permainan’ dalam sebuah lembaga pengarah suatu hari nanti. Junior anda yang pernah memulakan petisyen untuk mengubah kod pakaian yang seksis boleh menjadi anggota parlimen suatu hari nanti, memperjuangkan hak wanita di Malaysia.
Suka atau tidak, masa kita adalah sekarang. Ini bukanlah situasi yang kita inginkan, tetapi ini kehidupan yang kita ada. Adakah anda akan melakukan sesuatu dengannya?
Seruan kepada penulis dan penyair!
Adakah anda ghairah dalam seni menulis? Perlu meluahkan fikiran yang lama terpendam? Maka pertandingan ini adalah untuk anda! Kami mencari entri penulisan karangan, cerpen dan/atau puisi yang bertema ‘The YOUth of Tomorrow’. Akan ada 5 pemenang bagi setiap kategori, dan hadiah wang tunai RM400 bagi setiap pemenang.
Banyak yang perlu diubah untuk masa depan yang lebih cerah, dari keganasan psikologi menyelubungi ramai wanita muda, ke keganasan ekonomi yang mengolah prospek masa depan kita semua—kita terus memperjuangkan kesaksamaan gender untuk melawan rintangan-rintangan ini. Oleh itu, ‘The YOUth of Tomorrow’ adalah untuk segala yang anda boleh katakan sebagai ‘pemimpin masa depan’. Bagaimana anda kekal kebal mengharungi keganasan gender? Adakah anda berasa cukup diperkasakan untuk mencetuskan perubahan? Apakah rupa surat yang penuh kejujuran buat pemimpin semasa? Jikalau anda datang dari masa depan, bolehkah anda mengirim gambaran yang cerah?
Panduan:
Hantarkan tulisan anda sebelum/pada 1 September 2021 ke hrsa@empowermalaysia.org. Penyertaan lewat tidak akan diterima.
Tajukkan penyertaan anda dengan feminis.my writing submission: [tajuk penulisan anda]
Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel.
Tulisan palsu/tiruan dilarang sama sekali.
Tulisan dalam apa-apa bahasa amat digalakkan!
Commentaires