EMPOWER Malaysia organised a writing competition for aspiring writers with the theme “YOUth of Tomorrow”. This is one of the top entries in the essay category, written by Muhamad Hazman bin Norhamzah.
“ Kalau Pemuda sudah berumur 21-22 tahun sama sekali tidak berjuang, tak bercita-cita , tak bergiat untuk tanah air dan bangsa, pemuda begini baiknya digunduli saja kepalanya."
Begitu lantang sekali kata-kata yang dilontarkan oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno yang sejarah hidup beliau banyak memperjuangkan bangsa dan agamanya untuk negara Indonesia. Petikan beliau di atas secara jelas memberi satu titik semangat khususnya kepada anak muda untuk memperjuangkan dan memimpin negara ke arah kemajuan. Namun hakikatnya, masyarakat mahupun pemimpin pada masa sekarang masih berpikiran sempit malah mereka menganggap anak muda ini belum cukup ‘matang’ untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Dengan itu, Sudah tibanya masanya anak muda perlu bangkit dan membuang segala stigma negatif yang ada pada diri pemimpin mahupun masyarakat kini yang tidak yakin terhadap kebolehan anak muda. Persoalannya, Apakah alternatif yang terbaik bagi melahirkan pemimpin muda yang berkarisma ketika menghadapi debaran dunia yang berpanjangan sehingga menjejaskan kesihatan mental, sosial dan emosi.
Tuhan telah menciptakan manusia sebagai khalifah bagi memimpin negara. Tiada satu makhluk yang dilahirkan tidak memiliki manfaat dan secara amnya kita sebagai anak muda wajarlah memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Namun, kenyataan yang tidak boleh menafikan bahawa kita sering melihat bagaimana negara kita saat ini setiap masyarakat seringkali mementingkan ego masing-masing. Korupsi , pencurian , rasuah dan banyak lagi sudah menjadi perkara biasa dalam negara. Dalam situasi ini sebagai anak muda tidak boleh duduk diam dalam melihat negara yang semakin parah.
Memang tidak dinafikan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dua tahun ini banyak memberi yang cukup mendalam kepada semua lapisan masyarakat. Pengangguran, Pendidikan terganggu dan Masalah kesihatan mental dan emosi juga terpalit dalam situasi yang mencabar ini. Sudah pasti dengan pemikiran bakal pemimpin perlu mencari satu solusi terbaik perlu diutarakan secara bersama. Bukan itu sahaja, suara mahasiswa inilah perlu di ambil kira dalam mengubah masa depan negara. Oleh itu, perbincangan secara bersama salah satu alternatif yang terbaik bagi mendapatkan jawapan sebenar apa yang dimahu oleh masyarakat.
Sebagai generasi penerus negara Malaysia, kita boleh mengambil apa yang ditekankan oleh Soekarno terhadap bangsa Indonesia sebagai satu role model permulaan bagi memperjuangkan negara. Apa yang ditekankan oleh beliau termasuklah mewujudkan cita-cita dan tujuan nasional dengan memiliki 2 modal dasar yang disebut sebagai agent of change (agen perubahan) dan agent of social control ( Agen Pengawas Sosial) iaitu kekuatan moralnya dalam berjuang. Intipatinya, apa yang yang dilakukan ini adalah semata-matanya berlandaskan pada gerakan moral yang menjadi idealisme Soekarno dalam berjuang.
Seterusnya, pada saat yang kritikal ini peranan mahasiswa sangat berpengaruh terhadap negara. Mahupun dalam lingkup ilmu pengetahuan, para mahasiswa inilah yang akan mengubah status sesuatu negara kerana tidak dinafikan bahawa mahasiswa merupakan sosok tubuh insan akademik yang sedang menjalankan aktiviti pendidikan pada tingkat yang paling tinggi. Sekiranya cara mahasiswa berfikir ke arah positif, nescaya negara Malaysia akan secara tidak langsung menemui ramuan baru untuk melahirkan nama Malaysia ke arah kemajuan dan dipandang tinggi oleh negara luar. Oleh itu, ia akan membawa Malaysia kepada satu perubahan yang lebih baik.
Di samping itu, Anak muda yang menjadi pemimpin negara pada masa depan hendaklah meletakkan agenda perpaduan negara sebagai yang terpenting. Agenda perpaduan ini melebihi segala agenda penting yang diperlukan dalam membangunkan negara yang maju. Sekiranya seseorang pemimpin tidak mengetengahkan perpaduan dalam membangunkan negara, pasti pembangunan negara tidak akan dapat mencapai matlamatnya. Selain itu, Anak muda perlu mempraktikkan perpaduan sesama rakan-rakan di sekolah. Dengan modus operandi yang sebegini, maka dapat ditonjolkan jati diri sebagai seorang pemimpin yang berkarisma pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, Anak muda akan bersedia memperjuangkan kemerdekaan tanah air supaya tidak dijajah buat kali yang kedua kerana kemerdekaan sesebuah negara yang tidak mudah dicapai, bak kata Tun Dr Mahathir “..bukan kecil tugas kita untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan kerana mengisi kemerdekaan itu lebih sengsara”. Kata-kata beliau ini perlu dijadikan pendoman untuk meneruskan perjuangan.
Kesimpulannya, Pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan namun segala keyakinan anak muda dapat mengubah segala-galanya ke arah yang lebih baik . “ Kurangkan bercakap, lebihkan bertindak” merupakan satu prinsip yang tidak asing dalam masyarakat kita. Sesungguhnya, Anak muda perlulah diberikan peluang yang luas dan mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan negara. Akhir kata, Anak perlulah sedar dan bangkit dari tidur yang lena serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan dapat direalisasikan. Anak muda pada hari ini adalah satu cerminan negara pada masa akan datang !
Opmerkingen