top of page
Writer's picturemyempower

Apakah itu Buli Siber?

Teknologi telah memudahkan kita berkomunikasi sesama sendiri, kini, semakin ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dan aplikasi chat seperti Whatsapp untuk berhubung dengan keluarga, teman-teman dan kenalan-kenalan baru.

Namun, penggunaan sosial media dan aplikasi chat juga boleh mendedahkan pengguna kepada gejala buli siber yang boleh memudaratkan dan meninggalkan kesan negatif kepada mangsa-mangsanya.

Apakah itu buli siber?

Buli siber adalah perbuatan membuli yang dilakukan menggunakan peralatan digital seperti telefon bimbit, komputer dan tablet. Buli siber boleh berlaku melalui SMS, mesej teks dan aplikasi atau laman web sosial, forum atau permainan internet.

Buli siber termasuk:

  1. Menghantar, memuat naik maklumat negatif, buruk atau palsu mengenai seseorang

  2. Berkongsi hal dan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran atau pengetahuan mereka untuk menjejas reputasi dan memalukan mereka

  3. Menyalahguna kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain

  4. Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.

Jika anda mengalami masalah buli siber, apakah yang anda boleh lakukan?

  1. Simpan segala emel, mesej atau imej buli untuk digunakan sebagai bukti.

  2. Jika anda di bawah umur 18 tahun, beritahu ibu-bapa, penjaga, kaunselor sekolah atau guru anda.

  3. Perolehi pertolongan dan khidmat kaunseling daripada NGO yang berkaitan. Antaranya adalah:

  4. Befrienders Malaysia (24 jam/setiap hari) Tel: +603 7956 8144 / Emel: sam@befrienders.org.my

  5. Protect and Save the Children (Isnin-Jumaat, 9 pagi – 5 petang) Tel: +603 7957 4344 / Emel: protect@psthechildren.org.my

  6. Women’s Centre for Change (Isnin-Jumaat, 9 pagi – 5 petang) Tel:+604 228 0342 / Emel: wcc@wccpenang.org

  7. Laporkan kepada pihak yang berkuasa. Anda boleh membuat laporan melalui:

  8. Borang di atas talian: https://www.mycert.org.my/online_form/index.html

  9. Email kepada cyber999@cybersecurity.my

  10. Hantar SMS ke 15888 menggunakan format berikut: CYBER999 REPORT (emel) (laporan). Setiap SMS akan dikenakan caj RM0.15/mesej.

  11. Melalui telefon – Waktu Pejabat: 1-300-88-2999 Talian Kecemasan 24/7: +6019 266 5850 (Semua talian MyCERT dan Cyber999 Hotline dipantau pada waktu bekerja 9:00 pagi – 6:00 petang)

  12. Menggunakan Aplikasi Mobil Cyber999 yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play

Anda juga boleh membuat panggilan ke talian kasih 24-jam di 15999 untuk membuat laporan mengenai penderaan, pembulian, pengabaian dan sebagainya. Panggilan menggunakan Digi adalah percuma.

Jika anda tahu mengenai sebarang kandungan yang mengandungi unsur penyalahgunaan atau melanggar undang-undang seperti pornografi kanak-kanak, sila buat laporan menerusi hotline internet INHOPE : http://inhope.org/gns/report-here.aspx

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page