top of page
Writer's picturemyempower

“Kerajaan perlu pastikan semuanya cukup untuk semua. Berita betul perlu disampaikan sebab oran

Kak Normala merupakan peniaga kecil di Terengganu yang berniaga di kantin sekolah berhampiran rumahnya sejak beberapa tahun yang lalu. Bilangan isi rumah Kak Normala sebanyak tujuh orang dengan anak-anaknya berumur di antara 6 -16 tahun telah menyukarkan lagi kehidupan Kak Normala untuk meneruskan hidup di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Boleh tak Kak Normala terangkan sedikit tentang kehidupan seharian sejak PKP dilancarkan?

Akak tidak dapat berniaga, jadi tidak ada pendapatan. Mungkin simpanan Akak boleh tahan dua minggu lagi tanpa pendapatan baru. Tapi kalau PKP diteruskan, Akak hanya boleh bertahan sebulan sahaja dengan menggunakan wang simpanan. Kedua-dua kami, suami dan isteri, tidak ada pendapatan kerana tidak boleh berniaga sebab kedai semua tutup. Ramai peniaga hanya ada simpanan cukup-cukup untuk keperluan makanan saja. Walaupun Akak tidak ada beban untuk bayar sewa tapi Akak masih risau. Kita hanya mampu beli bekalan yang cukup untuk menampung makanan sahaja. Hari-hari kena keluar duit belanja untuk beli barang keperluan. Kalau ini berlanjutan sampai puasa atau Hari Raya, ini akan membebankan kami. Kami terpaksa berjimat, sehingga makanan pun sekarang hari-hari perlu dicatu.

Adakah Akak menerima bantuan dari mana-mana pihak sepanjang PKP?

Akak menerima bantuan iaitu baucar RM50 daripada kerajaan negeri melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ini yang digunakan untuk membeli barang keperluan harian keluarga kami. Akak pernah terima Bantuan Sara Hidup (BSH) jadi untuk terima bantuan lagi, rekod Akak hanya perlu dikemaskini. Kos makanan yang akan menjadi masalah. Alhamdulillah, Akak tiada sewa yang membebankan untuk dibayar.

Sekiranya PKP ini dilanjutkan sampai puasa, apa yang Akak ingin melihat?

Akak harapkan jika benda ini berterusan, katakan kalau ada perintah darurat, kerajaan perlu pastikan semuanya mesti cukup untuk semua orang. Berita-berita yang betul bukan yang palsu perlu disampaikan sebab orang kampung mudah terpengaruh dengan berita palsu yang boleh menimbulkan perasaan panik, contohnya berita-berita yang muncul di Facebook. Kalau keadaan menjadi lebih teruk, kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan wang dari Akaun Satu KWSP mereka juga. Sebab ramai yang mungkin sudah menggunakan wang dari Akaun Dua. Akak juga mengharapkan Kerajaan dan NGO lebih banyak turun padang sebab orang susah kebanyakanya berada di kampung. Pusat-pusat zakat juga sepatutnya menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada orang-orang yang memerlukan bantuan terutamanya mereka yang kekurangan wang ringgit . Akak juga mengharap semua bertabahlah dalam menjalani cabaran ketika PKP ini.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page