EMPOWER Malaysia organised a writing competition for aspiring writers with the theme “YOUth of Tomorrow”. This is one of the top entries in the short story category, written by Hidayatullah M Zhari.
Hujan turun dengan lebatnya . Mungkin bagi orang lain ianya sekadar hujan , tapi bagi aku hujan adalah satu fenomena yang cukup mengkagumkan .Fikir aku hujan adalah ada satu ejen pembersih . Membersih segala kekotoran di dunia . Hanya memikirkan tentang hujan dapat membuatkan aku tersenyum, walaupun sebenarnya jiwa kosong.
“Apa nak jadilah dengan lelaki zaman sekarang ni, walaupun aku lelaki aku malu dengan apa yang dia buat”
Aku melirik mata ke arah suara yang merungut tadi seraya membalas,
“Kenapa tu Akram, apa yang jadi?”
“Ini ha berita hari ini ada siarkan gadis dirogol oleh abang sepupu sendiri sehingga murung. Apa punya akhlak lah yang dia ada. Musim pandemik macam ni memang banyak masalah mentallah.”
Aku setuju dengan kenyataan Akram . Kebelakangan ni agak banyak kes sedemikian. Kadangkala aku berfikir adakah kesan pandemik seburuk itu sehinggakan dapat mempengaruhi minda dan kesihatan manusia. Namun apabila sudah banyak kejadian yang berlaku , aku sedar yang sebenarnya ada sesetengah manusia mendapat kesan sampingan yang buruk jika terus mengurungkan diri di rumah tanpa melakukan aktiviti.
“Aku sebenarnya kasihan dengan nasib kaum hawa , sejak zaman arab jahiliah lagi martabat mereka dipandang rendah. Tapi utusan mulia Nabi Muhammad S.A.W telah menyelamatkan mereka dari terus dipandang hina.” Ujar Akram sambil duduk di samping aku.
“Betul, aku juga setuju dengan apa yang katakan. Hawa dicipta untuk Adam jadi sudah tentulah kita yang melindungi mereka.” Ucapku setuju.
Keadaan menjadi sepi , kami masing-masing memikirkan tentang nasib yang menimpa sesetengah kaum Hawa. Sedih apabila ada lelaki yang sanggup mengambil kesempatan ke atas kaum perempuan yang lemah. Mungkin bagi mereka maruah bukanlah sesuatu yang penting. Memikirkan sahaja dapat buatkan aku berasa marah dan sedih pada masa yang sama.
“Ali , kalau kau jadi pemimpin nanti , apa yang kau akan buat untuk perjuangkan nasib dan martabat kaum Hawa”
Tiba-tiba sahaja Akram menanyakan soalan untuk memecahkan kesunyian.
“Wah sampai kesitu kau fikir ,tapi masuk akal juga apa yang kau soalkan.” Balasku ringkas.
“Aku bukan apa , aku fikir siapa lagi yang akan perjuangkan nasib kaum perempuan jika bukan kita” Ujar Akram lagi.
Aku hanya mengangguk untuk membalas sekaligus setuju dengan apa yang Akram katakan.
“Ali, kau belum jawab soalan aku , apa yang kau akan lakukan jika kau akan jadi pemimpin di masa hadapan?”
Aku membisu sejenak dan memikirkan jawapannya lalu aku membalas, “Mungkin aku akan memperkasakan perlindungan hak ke atas kaum perempuan .Oh ya, aku rasa kita perlu terapkan nilai-nilai ini kepada generasi muda melalui sistem pendidikan. Apabila mereka besar nanti mereka akan menjadi lelaki yang budiman dan wanita yang lebih bermaruah.”
“Wah Ali , seperti sangkaan aku jawapan kau mesti bernas. Aku juga bersetuju dengan pendapat kau. Kita mestilah mendidik generasi muda dengan baik supaya dapat mebela nasib kaum hawa. Bak kata pepatah , ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ucap Akram sambil tersenyum .
Aku juga turut tersenyum melihat dia mula bersemangat. Sewajarnya semua manusia yang bergelar lelaki harus mempunyai prinsip seperti itu. Di mana terletaknya sikap budiman lelaki jika perkara sepreti ini pun tidak diambil berat.
“Wah, hujan dah berhenti . Ali ! Aku mahu ke halaman rumah sebentar ya. Mahu buang air di sekitar piring pasu , kalau dibiarkan nanti menjadi tempat pembiakan nyamuk pula.”
“Baiklah , hati-hati” balasku.
Aku bangun dan melabuhkan punggung di pintu sambil melihat Akram berlari .Aku berfikir bagaimana ada lelaki yang sanggup mencalarkan maruah dan martabat kaum wanita. Sudah tiada akalkah atau nafsu yang menguasai diri? Tiba-tiba air hujan menitik di tangan aku. Aku memandang ke atas. Ya betul! Aku perlu jadi seperti hujan yang membersih bukan manusia yang mencemarkan dunia. Jika bukan aku siapa lagi? Jika bukan kita siapa lagi?
Comments