top of page
Writer's picturemyempower

“Terus terang cakap, duit dah kosong, sebab sebelum PKP, kami keluarkan modal untuk ekspo di S

Kak Atie merupakan seorang peniaga kecil yang menetap di Kuala Selangor. Selain bergantung kepada perniagaan beliau di tapak-tapak ekspo, beliau juga menjalankan bisnes secara online untuk membantu meningkatkan pendapatannya yang terjejas sejak PKP berlangsung.

Boleh Kak Atie terangkan sedikit bagaimana dengan kehidupan Kak sekeluarga semenjak PKP dilancarkan?

Sekarang, kami tak ada income (pendapatan) kerana tidak boleh berniaga seperti biasa. Di Kuala Selangor ini, tidak ada perkidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda. Kalau hendak menjual melalui penghantaran dan ingin gunakan konsep Cash on Delivery (COD), kita mesti keluarkan modal dulu sendiri. Saya dengan suami pulak penghidap penyakit berisiko tinggi, saya ada masalah diabetes (kencing manis) dan suami juga seorang perokok. Anak kami yang bongsu, Lisa, mempunyai sistem imun yang rendah jadi dia pun mudah mendapat penyakit, jadi kami tak berani nak buat COD. Lagipun permintaan di kampung ini rendah sebab orang kampung banyak yang lebih suka memasak sendiri. Memang susah tapi kami cuba untuk survive (hidup) dengan apa yang ada setakat ini.

Apa kesannya kepada Kak Atie dan keluarga, kalau PKP ini dilanjutkan sampai puasa? Apa bantuan yang Kak Atie sudah terima setakat ini?

Terus terang cakap, duit sudah kosong, sebab sebelum PKP, kami dah keluarkan modal untuk menyertai ekspo di Sungai Besar. Kami hanya dapat berniaga 4 hari sahaja, dan ini terlalu singkat untuk memperoleh untung. Kos tapak kena bayar. Itulah yang kami rasa sangat perit.

Kami, suami isteri, bukan pengundi di kawasan pengundian Sungai Besar – suami berdaftar di Kota Damansara dan Kak Atie pula berdaftar di Kelantan. Ini menyukarkan kami untuk mendapat sumbangan tapi kami ada jugaklan dapat beras 5kg, susu 2 tin, gula 1kg, minyak 1kg dan telur 1 papan dari surau berdekatan rumah kami.

Kita berharap dengan sumbangan Bantuan Perihatin Nasional (BPN), Insyaallah, kami dapatlah jawapan yang permohonan kami lulus walaupun permohonan untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini gagal.

Ada pelanggan yang Akak kenal dari dulu, yang sanggup membantu Akak. Katanya, dia kumpul duit dari kawan-kawan. Sewa rumah untuk bulan Mac dan April dapat dikurangkan sebab tuan rumah faham keadaan kami yang bukan senang. Risau yang lain-lain tak ada lah sangat sebab anak-anak dah besar. Nasib baik tak perlu beli lampin dan susu. Lagi kasihan nasib keluarga yang mempunyai banyak anak yang masih kecil.

Bagaimana Kak Atie mengharungi hari-hari sejak PKP dilancarkan?

Kami sekarang ni biasa catu je makanan. Nasib baik di sini, ikan kembung murah. Ikan kembung itu Akak akan buat serunding/sambal, makan dengan nasi- ini sudah cukup. Alhamdulillah. Untuk keluarga Akak, kewangan sahaja yang menjadi masalah. Makanan hanya boleh dibeli dengan ala kadar. Sebenarnya Akak dapat rasa yang PKP ini memang dilanjutkan sampai puasa dan Raya. Ini Akak kata sebab tengok dengan pola (nombor-nombor) kes-kes sekarang. Akak juga ada menjual produk kesihatan secara online tetapi kuasa membeli pelanggan-pelanggan sekarang dah teruk sebab ramai orang yang berjimat sekarang. Masa mula-mula PKP ini, Akak baru dapat RM20. Walaupun sedikit, Akak teruskan juga sebab ada pelanggan tetap yang masih membeli.

Selepas PKP ini ditamatkan, apa langkah seterusnya untuk Kak Atie?

Akak terpaksa keluarkan duit akaun KWSP untuk buat modal niaga lepas PKP habis. Akak berharap dapat berniaga semula dalam bulan Julai ini, kerana Akak sudah menempah tapak perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berniaga di ekspo. Ini untuk mengganti ekspo yang kena tutup hari itu. Akak sangat berharap sangat yang dalam bulan Julai, keadaannya sudah pulih macam biasa.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page